Monday, July 11, 2011

BERSIH, PATRIOT DAN LAWAK JENAKA



Demonstrasi yang mendapat publisiti besar-besaran untuk sekian lamanya telah menjadi kenyataan hari ini dan apa yang boleh kita lihat sekarang ialah kacau bilau yang tercetus. Demonstrasi aman sepatutnya tidak tercetus kacau bilau seumpama ini kecuali wujud provokasi daripada pihak-pihak tertentu.

Tiada sebab untuk aku tidak menyokong tuntutan Bersih 2.0. Perlu diingatkan, yang disokong tuntutannya dan bukannya pengerusi Bersih 2.0. Apabila anda menyokong Bersih 2.0 maka akhbar-akhbar arus perdana atau media pro kerajaan akan mengeluarkan pelbagai serangan peribadi dan isu berkaitan agama yang mengatakan pengerusi itu dan ini. Agama sememangnya menjadi bahan gurau senda di Malaysia dewasa ini jika anda peka dengan pelbagai isu sejak akhir-akhir ini dan dimanakah mereka-mereka yang katanya cintakan agama bagai?

Adakah akhbar arus perdana atau media pro kerajaan akan mengeluarkan berita mengenai kerajaan Kelantan akan berdepan tindakan saman oleh MCA atas sebab tidak membenarkan judi ekor disana. Judi hukumnya haram dan kita sepatutnya bersyukur kerana yang haram itu telah tiada. Tapi bila timbul isu sebegini, dimanakah mereka-mereka yang kononnya menggelarkan diri pembela agama, bangsa dan negara? Fikir-fikirkan.

Aku tak rasa isu agama akan timbul jika dipengerusikan oleh orang Islam. Lihat sahaja perhimpunan Bersih pada tahun 2007. Sungguhpun dipengerusikan oleh orang Islam, serangan lain pasti akan timbul juga walaupun tidak bersabit dengan agama. Seperti yang aku tegaskan di perenggan kedua, yang disokong tuntutan dan bukannya pengerusinya.

Disebelah pihak pro kerajaan pula, wujud kumpulan lain yang ingin menentang demonstrasi Bersih 2.0 dengan menggelarkan diri mereka Patriot. Penentangan yang dilakukan tiada asas untuk aku menyokongnya. Tidak cukup dengan Patriot, muncul beberapa NGO pro kerajaan yang turut sama turun gelanggang pada hari ini(9 Julai).

Apa yang pasti, 9 Julai boleh disifatkan sebagai pertarungan dua orang anak jantan dalam perlawanan tomoi dimana hari ini mereka akan bersepak terajang sesama mereka. Jika diibaratkan sebagai perlawanan tinju, ianya umpama aksi tumbuk menumbuk antara dua orang jaguh handalan.

Melihat kepada berita demonstrasi Bersih pada 2007, ianya hanya mendapat liputan kecil di media tempatan walaupun ianya mendapat liputan besar-besaran daripada media-media gergasi asing. Semua orang didunia akan ketawakan kita daripada pelbagai segi.

Dalam kita diam tak sedarkan diri, kesemua daripada persatuan ini (Bersih 2.0, Patriot dan sebagainya) rata-rata terdiri daripada bangsa Melayu walaupun Bersih 2.0 merupakan demonstrasi yang terdiri daripada pelbagai kaum. Polis yang bertugas juga rata-rata orang Melayu, jadi yang akan bergigit telinga sesama mereka juga adalah Melayu.

Selain daripada aksi ganas sesama bangsa Melayu, peniaga kecil Melayu juga bakal rugi. Penjual minyak atar, capal, tudung bawal dan sebagainya yang rata-rata orang Melayu akan rugi. Semua dunia akan menggelakkan bangsa Melayu.

P/s: Pandangan bersifat terbuka dengan menggunakan akal fikiran yang waras. Tidak bersandarkan kepada mana-mana pihak. 

No comments:

Post a Comment